Wednesday, 19 September 2012
Beg Tangan Branded Yang Boleh Mengecas Telefon Bimbit??
Sebuah beg tangan yang berinovasi tinggi yang diperkenalkan oleh seorang pereka yang hebat, Richard Nicoll dengan kerjasama bersama Vodafone pada minggu fesyen di London pada awal tahun 2012 yang lalu dengan memperkenalkan teknologi yang membolehkan beg tangan tersebut menegecas telefon bimbit mudah alih.
Kami telah melihat teksi-teksi yang berjenama Vodafone UK yang menyediakan para pengguna di London satu cara bagaimana mereka boleh mengecas telefon bimbit mereka ketika mereka sedang bersiar-siar atau beriadah.
Kini, syarikat tersebut telah berkerjasama dengan seorang pereka terkemuka iaitu Richard Nicoll dengan tujuan yang lebih kurang sama, tetapi dengan menggunakan kaedah yang berbeza. Khususnya, sebuah beg tangan baru diperkenalkan oleh pereka itu pada Minggu Fesyen London pada awal tahun lalu adalah beserta dengan pengecas yang membolehkan telefon bimbit pengguna dicas ketika sedang berada di luar kawasan.
Vodafone dan Nicoll menjalinkan hubungan kerjasama pada musim panas yang lalu, dan perkembangan mereka yang terbaru adalah pengecas beg tangan, yang mana boleh mengecas telefon bimbit seperti BlackBerry, iPhone dan Android.
Pengguna hanya perlu mengecas beg tangan tersebut secara tradisional ketika berada di tempat kerja atau dirumah dengan menggunakan kabel pengecas induktif yang akan disambung pada bahagian luar beg tangan itu, mengikut kepada laporan dalam “The Telegraph”.
Beg tersebut boleh mengecas telefon bimbit dan tablets sekurang-kurangnya dua hari melalui kabel yang terdapat di dalam beg tangan tersebut.
Terdapat juda lampu LED pada bluetooth beg tangan tersebut yang akan berkelip-kelip apabila terdapat panggilan masuk, notifikasi telefon seperti pesanan ringkas, dan status beteri.
Tiada sebarang kenyataan mengenai harga atau ketersediaan beg Nicoll tersebut tetapi kami yakin produk ini mendapat perhatin dari stokes yang berminda teknologi serta peruncit atau penjual di seluruh dunia. Anda pula bagaimana?
Sumber daripada : www.shahabudeenjalil.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment